NASI MANDI AYAM KABSA


Resepi Nasi Mandi

Bahan-bahan Stok Ayam:

1 ekor ayam - dipotong 4 bahagian
1 biji bawang besar - di potong dadu
4 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia - dihiris kasar 
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam
2 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 ketul kiub ayam
Sedikit saffron
Air secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Di atas api sederhana , rebus ayam bersama bahan-bahan sehingga empuk (dalam 30 minit)
  2. Kemudian  angkat dan toskan
  3. Simpan air stok ini untuk memasak nasi.
Bahan-bahan Memasak Nasi:

3 cawan beras Basmati Khadijah (basuh dan rendam selama 30 minit)
4 cawan air stok ayam
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
5 ulas bawang merah - dihiris halus
2 sudu kecil Rempah Kabsah
Sedikit saffron 

Cara penyediaan:
  1. Panaskan minyak sapi dan mentega
  2. Masukkan bawang, goreng hingga naik bau dan bawang menjadi layu kekuningan.
  3. Masukkan rempah kabsah dan kacau rata
  4. Masukkan air stok ayam bersama dengan bahan-bahan stok. Kacau rata sebentar
  5. Pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masukkan beras
  6. Apabila nasi telah hampir masak, taburkan saffron
  7. Biarkan seketika dan gemburkan nasi dengan garpu.
Bahan-bahan Rempah Kabsa:

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:
  1. Goreng tanpa minyak semua bahan-bahan kecuali serbuk cili dan kunyit sehingga naik bau.
  2. Kisar semua bahan sehingga halus
  3. Gaulkan dengan serbuk cili dan kunyit. Ketepikan
Cara penyediaan: Perapan dan Panggang
  • Perap ayam yang telah direbus dengan rempah kabsa sekurang-kurangnya 15 minit
  • Titiskan sedikit minyak pada perapan ayam
  • Balut dengan aluminium foil kemudian bolehlah di bakar atau panggang




Bahan -bahan Tabbouleh:

3/4 cawan air mendidih
1/4 cawan couscous
1 sudu besar minyak zaitun
1 cawan tomato - didadu
1 cawan timun - didadu
3 cawan parsley - dihiris
1 sudu kecil serbuk bawang putih
Garam secukup rasa
Perahan lemon - secukup rasa

Cara penyediaan: 
  1. Masukkan couscous ke dalam periuk dan letakkan air panas dan didihkan selama 2 minit.
  2. Tutup api dan biarkan kuskus didalam periuk selama 5 - 10 minit sehingga ianya kembang dan lembut.
  3. Masukkan kesemua bahan-bahan salad ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
  4. Satukan jus lemon, garam, minyak zaitun, serbuk bawang putih dan kacau rata.
  5. Gaulkan kuskus bersama salad dan bolehlah dihidangkan


Bahan-bahan Salata Hara:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 biji cili padi
Sedikit daun ketumbar
Sedikit garam
Jus lemon

Cara penyediaan:
  • Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja jangan sampai terlalu hancur.
  • Atau pun seelok-eloknya gunakan food processor.
  • Bolehlah dihidangkan.









No comments:

Post a Comment

KANOM SAI SAI

Resipi Kanom Sai Sai Bahan-bahan: Daun pisang - potong 5" x 7" dan 3" x 5" sama banyak Daun pandan - carikkan 1-...